Sunday, February 17, 2013
Permulaan perjalanan...
Posted to
Unknown
at
8:48 AM
Labels:
diari,
dokumentari,
Filem,
finas,
gambar menarik,
jurnal,
malaysia,
pegarah filem,
zuwandi razak
Assalamualaikum W.B.T
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani, aku memulakan langkahku kali ini dengan lebih lebar dan sabar. Sebelum ini , pelbagai dugaan telah aku lalui dan kini saat dimana aku harus mencari kehidupan sebagai sebenar sebagai manusia.
Namaku juga identitiku mungkin dikenali oleh sesetengah pihak, namun itu adalah aku yang dulu kini aku memulakan langkahku dengan lafaz BISMILLAH...
Terima kasih kepada ibuku dan keluarga serta insan yang aku sayangi yang sentiasa menyokong aku walau apa jua dugaan yang menimpa. Terima kasih juga kepada semua sahabat serta rakan-rakan yang sentiasa membantu aku dikala aku memerlukan bantuan, alhamdulillah.
Kini aku telah ditawarkan untuk bekerjasama dengan seorang insan yang aku anggap sebagai bapa, kerana aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang bapa sejak aku berumur 1 tahun. Bapaku meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang dan semenjak itu ibuku yang menyara seluruh keluarga aku hinggalah kakak sulong aku mendapat kerja, dan sekarang cuma tinggal aku yang baru mula ingin menapak dalam bidang pekerjaan. Aku mempunyai 4 orang adik beradik , 2 kakak dan seorang abang yang bersama berusaha membantu dan meningkatkan ekonomi keluarga. Kali ini aku mula menapak dalam dunia industri perfileman, projek pertama aku merupakan satu genre yang paling hebat di MALAYSIA pada suatu ketika dahulu iaitu 'DOKUMENTARI'. Untuk projek ini aku perlu menjelajah ke seluruh SEMENANJUNG MALAYSIA untuk mencari bahan dan fakta serta lokasi yang sesuai untuk pengambaran nanti, aku juga ditugaskan untuk menyiapkan proposal bagi beberapa projek yang akan datang. Alhamdulillah, aku kini berasa lebih tenang dan gembira dengan kerja aku.
Walaubagaimanapun hidup mesti ada masalahnya... walaupun aku gembira dengan kerja aku sekarang ini, akan tetapi......
Bersambung....
Popular Posts
-
Cannes: Film Festival or Festival of Films? When people with bloodshot eyes meet in one place to screen films, it is the custom to call ...
-
'Naked Lunch' (1991) The Grand High Master of turning "unfilmable" books into unforgettable movies (remember "Crash...
-
THE PURSUIT OF HAPPINESS Once homeless, Cristopher Gardner ( Smith ) turns his life around and becomes the head of his own brok...
-
Story Based on Joseph Conrad's first novel, the movie tells the story of a Dutch trader, Almayer , struggling to survive in Mala...
-
In 1910 Sir William Mackenzie hired Robert Flaherty to prospect the vast area east of the Hudson Bay for its railway and mineral potential. ...
-
Walawei.... disebabkan tak ada kerja so aku dengan nekad sepenuh hati dan jiwa yg macho nih mencari kerja lain.. wahaha last2 dapatla keja k...
-
This is an in-depth blog breaking down Working as a Gaffer in film and television. Please comment below. As a reader it is your responsibi...
-
+http://howtofilmschool.com/25-grip-lighting-terms-that-sound-sexual-what-they-really-mean/ A couple of weeks ago Evan Luzi of the Bl...