Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Tuesday, April 10, 2012



CLIP LENGTH LIMIT


Ramai orang bertanya kepada saya, kenapa bila saya shoot , hanya dapat 12 minit..? kamera saya tak bagus ka?atau dah rosak?

jawapannya : kamera anda tak rosak pun, dan bukan kamera anda tak bagus, tetapi memang sistem dia direka macam tuh untuk menampung format HD yang anda guna. tapi ada langkah lain yang perlu anda ambil jika mahu merakam lebih dari 12 minit. iaitu dengan meletakkan mode "mute" pada sound recorder. ini boleh mengurangkan penggunaan memori semasa merakam gambar.. kerana sistem direka untuk menampung memory sebanyak 4gb sekali rakam.

4gb = 12 minit



* jika ada sebarang pertanyaan, sila email kepada : info.zuwandi@gmail.com
   atau add saya di FB : zuwandi razak
RESOLUTION


Ramai orang yang keliru mengenai RESOLUTION , termasuklah untuk STILL PHOTOGRAPHY.. istilah yang digunakan boleh mengelirukan kita semua , seperti Pixels Per Inch ( PPI ) , Dots Per Inch ( DPI ), dan istilah yang paling popular dikalangan pengeluar atau peniaga kamera iaitu ( MEGAPIXEL ).... sedangkan jika difahami istilah-istilah tersebut maka kita akan ketawa dengan sendiri apabila diperbodohkan dengan teknologi dan tektik peniaga menjual barang.. Mitos yang mengatakan gambar lebih SHARP bila menggunakan MEGAPIXEL yang besar adalah tidak betul sebenarnya.. ianya bergantung kepada kita sendiri samada hasil kita itu mahu ditayangkan dimana.. adakah di panggung, tv, youtube atau Projector..
   Pada era digital, penggunaan format HD ( HIGH DEFINITION ) makin berleluasa, tapi cuba fahamkan betul-betul dengan maksud sebenar DEFINITION - bagi pengalaman saya sendiri, walaubagaima kita merakam dalam format HD, tetapi selepas kita CONVERT kepada format DVD , saya tak tahu kemana perginya nilai HD itu sebenarnya.. strategi peniaga ini harus diketahui oleh pengguna kamera supaya kita lebih memahami kamera kita dari percaya dengan mitos-mitos karut. Dibawah ini saya sediakan format STANDARD untuk HD..



Anda boleh menikmati format HD ini jika anda mempunyi TV yang mampu menampung keseluruhan format tersebut ( 1080p ) kerana kebiasaan tv di negara kita MALAYSIA hanya boleh menampung format PAL- the best for STANDARD DEFINITION.. selalunya juga kebanyakan komputer tidak mampu untuk menampung beban HD ini.. jadi anda mempunyai pilihan sendiri untuk menjadikan video anda adalah yang terbaik untuk dipaparkan.
disini saya sediakan  sedikit data (frame) untuk dipelajari bersama..



Jika anda faham dengan gambarajah yang diberi, maka anda boleh membuat keputusan untuk menentukan format apa yang patut digunakan. Pastikan anda tahu dimana video anda akan ditayangkan, jika TV maka pastikan TV tersebut mampu menampung format yang anda guna..


* jika terdapat sebarang pertanyaa , boleh email kepada saya : info.zuwandi@gmail.com
   atau ADD saya di FB : zuwandi razak

Popular Posts

 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff